semangat
Tuesday, 30 April 2013 | 06:04 | 0 weird people
Assalamualaikum sebagai pembuka bicara ..Setelah apa yang berlaku membuatkan aku tabah dan cekal menghadapi segala ujian dan rintangan yang mendatang . Mungkin ada hikmah yang tersirat di atas apa yang berlaku . Terima kasih kepada hamba-hamba Allah yang selalu tidak penat memberi kata-kata semangat kepada aku . Semoga Allah kekalkan persahabatan kita hingga akhir hayat , Allah sahaja yang dapat membalasnya .
Allah bagi ujian , sebab dia nak tengok sejauh mana hamba-Nya menyayangi-Nya ? Mungkin aku alpa dengan dunia . Allah banyak kali bagi aku peluang agar benda yang sama tak berulang tapi aku , aku tak nampak semua tuu . Kadang-kadang bila nafsu yang menguasai diri , kita lupa segala-galanya . Tapi , aku bukan-lah seorang yang baik sangat . Sentiasa belajar dari kesilapan . Cuba mencari keredhaan Ilahi .

